Polisi dan Prosedur Operasi Standard (SOP) e-Learning INSPEN
Pendaftaran Akaun
Peserta hendaklah mendaftar akaun e-Learning INSPEN menggunakan emel yang sah dan hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun sahaja.
Penggunaan Emel Rasmi
Peserta diwajibkan menggunakan alamat emel rasmi jabatan atau organisasi yang masih aktif. Penggunaan emel peribadi atau emel pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.
Tanggungjawab Keselamatan Akaun
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan maklumat log masuk, data peribadi dan maklumat pembelajaran.
Pengemaskinian Maklumat Profil
Peserta hendaklah memastikan maklumat profil adalah lengkap, tepat dan terkini bagi tujuan rekod, laporan dan pengeluaran sijil.
Had Pemilikan Akaun
Setiap peserta hanya dibenarkan mempunyai satu (1) akaun. Pihak pentadbir berhak menamatkan atau memadam akaun tambahan.
Akaun Berganda
Sekiranya peserta menggunakan lebih daripada satu akaun, pihak pentadbir akan menentukan akaun yang sah. Pemadaman akaun akan melibatkan kehilangan rekod dan sijil.
Penyertaan Kursus
Setiap kursus e-Learning INSPEN hanya boleh diikuti sekali sahaja bagi setiap peserta setelah kursus tersebut diselesaikan sehingga sijil dikeluarkan,
kecuali ditetapkan sebaliknya oleh pihak INSPEN. Peserta hendaklah menyelesaikan setiap kursus e-Learning INSPEN yang didaftarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bermula dari hari pertama pendaftaran kursus dibuat. Sekiranya kursus tidak diselesaikan dalam tempoh tersebut, kehadiran peserta akan terbatal dan peserta dikehendaki membuat pendaftaran semula bagi kursus berkenaan.
Peserta Tidak Menyelesaikan Kursus
Peserta yang gagal melengkapkan kursus dalam tempoh ditetapkan akan menerima emel peringatan dan pemakluman kepada ketua pejabat.
Penyimpanan Rekod Pembelajaran
Sistem hanya menyimpan rekod pembelajaran dan sijil bagi kursus yang aktif dan sah.
Pengeluaran Sijil
Sijil hanya dikeluarkan selepas peserta melengkapkan semua aktiviti pembelajaran dan penilaian yang ditetapkan.
Tempoh Simpanan Sijil
INSPEN menyimpan sijil peserta bagi tempoh maksimum tujuh (7) tahun. Peserta bertanggungjawab menyimpan salinan sijil masing-masing.